Rangkuman senaman yang dinamakan hang clean ini menggunakan bahagian badan dari atas hingga ke hujung jari kaki dalam keadaan yang sangat dinamik serta memerlukan kekuatan dalam pergerakan.
Secara keseluruhannya, latihan ini amat berguna untuk semua acara dalam sukan olahraga. Pergerakan ini juga memerlukan koordinasi yang baik dan kelenturan bahagian bahu.Bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk memulakan senaman ini dengan barbell yang ringan terlebih dulu. Selain itu, pastikan kedudukan postur badan anda sentiasa dalam keadaan yang baik ketika melakukan senaman ini. Senaman ini tidak sesuai dilakukan mereka yang baru melakukan latihan bebanan, mengalami atau baru saja pulih daripada kecederaan belakang.
Ikuti maklumat dan teknik senaman yang dikongsikan jurulatih kecergasan Universal Fitness, Mohd Hoesni Rahmat.
Latihan untuk seluruh badan
2. Ketika meluruskan kaki daripada kedudukan dumbell squat, tangan yang memegang dumbell hendaklah sentiasa lurus.
3. Angkat dumbell seperti senaman upright row di mana kedudukan siku lebih tinggi daripada bahu. Kemudian, turunkan siku ke bawah tapi kedudukan dumbell tetap dikekalkan.
4. Angkat dumbell ke atas dengan tapak tangan menghadap antara satu sama lain.
Latihan Untuk Lelaki
Ulang semua pergerakan ini sebanyak lapan hingga 12 kali dalam tiga hingga lima set.
No comments:
Post a Comment