Wednesday, December 22, 2010

Senaman Latihan Seluruh Badan

SUKAN olahraga adalah aktiviti yang memerlukan otot keseluruhan yang mantap, jitu dan kuat. Sehubungan itu, untuk posting blog kali ini, saya mendapat maklumat daripada Berita Harian, di dalam ruangan XY- Fizikal memaparkan beberapa siri senaman kombinasi dan merangkumkan semua elemen pada minggu ini.
Rangkuman senaman yang dinamakan hang clean ini menggunakan bahagian badan dari atas hingga ke hujung jari kaki dalam keadaan yang sangat dinamik serta memerlukan kekuatan dalam pergerakan.
Secara keseluruhannya, latihan ini amat berguna untuk semua acara dalam sukan olahraga. Pergerakan ini juga memerlukan koordinasi yang baik dan kelenturan bahagian bahu.Bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk memulakan senaman ini dengan barbell yang ringan terlebih dulu. Selain itu, pastikan kedudukan postur badan anda sentiasa dalam keadaan yang baik ketika melakukan senaman ini. Senaman ini tidak sesuai dilakukan mereka yang baru melakukan latihan bebanan, mengalami atau baru saja pulih daripada kecederaan belakang.
Ikuti maklumat dan teknik senaman yang dikongsikan jurulatih kecergasan Universal Fitness, Mohd Hoesni Rahmat.
Latihan untuk seluruh badan
Latihan untuk seluruh badan
Langkah 1. Pastikan kedudukan belakang badan sentiasa tegak ketika melakukan senaman ini. Jarak di antara kedua-dua belah kaki perlu lebih kurang sama dengan jarak di antara kedua-dua bahu.
2. Ketika meluruskan kaki daripada kedudukan dumbell squat, tangan yang memegang dumbell hendaklah sentiasa lurus.
3. Angkat dumbell seperti senaman upright row di mana kedudukan siku lebih tinggi daripada bahu. Kemudian, turunkan siku ke bawah tapi kedudukan dumbell tetap dikekalkan.
4. Angkat dumbell ke atas dengan tapak tangan menghadap antara satu sama lain.
Latihan Untuk Lelaki
Latihan Untuk Lelaki
5. Pusingkan bahagian atas badan ke kiri dan ke kanan secara perlahan-lahan dan terkawal sebelum kembali ke kedudukan permulaan.
Ulang semua pergerakan ini sebanyak lapan hingga 12 kali dalam tiga hingga lima set.

No comments:

Post a Comment