Wednesday, December 22, 2010

Kegemukan Memberi Kesan Kepada Lelaki

Salam,
Data terkini yang dinyatakan oleh Menteri Kesihatan baru-baru ini pada tahun 2010, 60% rakyat malaysia mengalami masalah kegemukan. Boleh dikatakan rakyat Malaysia gemuk kerana kurangnya pengetahuan tentang kesihatan yang sebenar, iaitu dengan mengambil piramid makanan yang betul dan juga perlu bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Kegemukan Memberi Masalah Kepada Lelaki
Kegemukan Memberi Masalah Kepada Lelaki
Kegemukan memang menjadi satu kerisauan kepada kaum wanita kerana tidak kelihatan cantik dan bergaya. Namun bagi lelaki, ramai yang tidak kisah tentang berat badan mereka, kerana mereka menganggap tetap dapat ‘tackle’ wanita walaupun berbadan gemuk. Namun awas….orang lelaki yang gemuk sebenarnya boleh menghadapi masalah dalam mengadakan perhubungan dengan isteri.
Untuk posting kali ini, saya paparkan permasalahan tentang kegemukan dan telah dijawab oleh Dr Ismail Thamby di dalam ruangan Pakar Lelaki Harian Metro. Saya harap anda akan mendapat manfaat daripada posting ini.
SAYA berusia 25 tahun dan mempunyai berat badan 125 kilogram. Sejak kebelakangan ini, saya menghadapi masalah dengan ketegangan alat sulit saya. Saya merancang untuk berkahwin tahun depan. Saya jenis kurang bersenam dan kuat makan. Adakah masalah yang saya hadapi sekarang akan membawa kesan buruk kepada kehidupan seks saya?
LEE Shah Alam, Selangor
Fungsi seksual yang normal memerlukan sistem urat saraf yang berfungsi normal, perjalanan darah yang sempurna, tahap hormon seks yang normal dan sistem kawalan seks yang cergas. Anda muda dan sudah tentu mempunyai sistem kawal seks yang cergas serta boleh dan mudah teruja serta mampu mencapai ereksi.
Hanya apa yang berlaku ialah ereksi anda tidak bertahan lama dan kurang cergas. Ini kerana keadaan kesihatan anda yang kurang cemerlang, tidak melakukan senaman dan mempunyai berat badan yang berlebihan (obesiti).
Anda mungkin tahu obesiti membuatkan tubuh badan anda tidak berdaya atau lembab. Secara langsung, badan anda menjadi kurang aktif dan ini menyebabkan penghasilan hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi syahwat menurun, kesudahannya ialah perkara yang berlaku kepada anda.
Apabila anda mula melakukan aktiviti fizikal iaitu bersenam secara berkala dan mengawal berat badan, keadaan anda yang tidak bermaya itu akan berubah kepada lebih aktif. Jadi amalkan gaya hidup sihat dan anda akan dapat ganjaran seperti yang dihajati.

No comments:

Post a Comment