Wednesday, December 22, 2010

health-kesihatan: Kegemukan Memberi Kesan Kepada Lelaki

health-kesihatan: Kegemukan Memberi Kesan Kepada Lelaki: "Salam, Data terkini yang dinyatakan oleh Menteri Kesihatan baru-baru ini pada tahun 2010, 60% rakyat malaysia mengalami masalah kegemukan. B..."

Kegemukan Memberi Kesan Kepada Lelaki

Salam,
Data terkini yang dinyatakan oleh Menteri Kesihatan baru-baru ini pada tahun 2010, 60% rakyat malaysia mengalami masalah kegemukan. Boleh dikatakan rakyat Malaysia gemuk kerana kurangnya pengetahuan tentang kesihatan yang sebenar, iaitu dengan mengambil piramid makanan yang betul dan juga perlu bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Kegemukan Memberi Masalah Kepada Lelaki
Kegemukan Memberi Masalah Kepada Lelaki
Kegemukan memang menjadi satu kerisauan kepada kaum wanita kerana tidak kelihatan cantik dan bergaya. Namun bagi lelaki, ramai yang tidak kisah tentang berat badan mereka, kerana mereka menganggap tetap dapat ‘tackle’ wanita walaupun berbadan gemuk. Namun awas….orang lelaki yang gemuk sebenarnya boleh menghadapi masalah dalam mengadakan perhubungan dengan isteri.
Untuk posting kali ini, saya paparkan permasalahan tentang kegemukan dan telah dijawab oleh Dr Ismail Thamby di dalam ruangan Pakar Lelaki Harian Metro. Saya harap anda akan mendapat manfaat daripada posting ini.
SAYA berusia 25 tahun dan mempunyai berat badan 125 kilogram. Sejak kebelakangan ini, saya menghadapi masalah dengan ketegangan alat sulit saya. Saya merancang untuk berkahwin tahun depan. Saya jenis kurang bersenam dan kuat makan. Adakah masalah yang saya hadapi sekarang akan membawa kesan buruk kepada kehidupan seks saya?
LEE Shah Alam, Selangor
Fungsi seksual yang normal memerlukan sistem urat saraf yang berfungsi normal, perjalanan darah yang sempurna, tahap hormon seks yang normal dan sistem kawalan seks yang cergas. Anda muda dan sudah tentu mempunyai sistem kawal seks yang cergas serta boleh dan mudah teruja serta mampu mencapai ereksi.
Hanya apa yang berlaku ialah ereksi anda tidak bertahan lama dan kurang cergas. Ini kerana keadaan kesihatan anda yang kurang cemerlang, tidak melakukan senaman dan mempunyai berat badan yang berlebihan (obesiti).
Anda mungkin tahu obesiti membuatkan tubuh badan anda tidak berdaya atau lembab. Secara langsung, badan anda menjadi kurang aktif dan ini menyebabkan penghasilan hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi syahwat menurun, kesudahannya ialah perkara yang berlaku kepada anda.
Apabila anda mula melakukan aktiviti fizikal iaitu bersenam secara berkala dan mengawal berat badan, keadaan anda yang tidak bermaya itu akan berubah kepada lebih aktif. Jadi amalkan gaya hidup sihat dan anda akan dapat ganjaran seperti yang dihajati.

health-kesihatan: Senaman Latihan Seluruh Badan

health-kesihatan: Senaman Latihan Seluruh Badan: "SUKAN olahraga adalah aktiviti yang memerlukan otot keseluruhan yang mantap, jitu dan kuat. Sehubungan itu, untuk posting blog kali ini, sa..."

health-kesihatan: Senaman Latihan Seluruh Badan

health-kesihatan: Senaman Latihan Seluruh Badan: "SUKAN olahraga adalah aktiviti yang memerlukan otot keseluruhan yang mantap, jitu dan kuat. Sehubungan itu, untuk posting blog kali ini, sa..."

Senaman Latihan Seluruh Badan

SUKAN olahraga adalah aktiviti yang memerlukan otot keseluruhan yang mantap, jitu dan kuat. Sehubungan itu, untuk posting blog kali ini, saya mendapat maklumat daripada Berita Harian, di dalam ruangan XY- Fizikal memaparkan beberapa siri senaman kombinasi dan merangkumkan semua elemen pada minggu ini.
Rangkuman senaman yang dinamakan hang clean ini menggunakan bahagian badan dari atas hingga ke hujung jari kaki dalam keadaan yang sangat dinamik serta memerlukan kekuatan dalam pergerakan.
Secara keseluruhannya, latihan ini amat berguna untuk semua acara dalam sukan olahraga. Pergerakan ini juga memerlukan koordinasi yang baik dan kelenturan bahagian bahu.Bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk memulakan senaman ini dengan barbell yang ringan terlebih dulu. Selain itu, pastikan kedudukan postur badan anda sentiasa dalam keadaan yang baik ketika melakukan senaman ini. Senaman ini tidak sesuai dilakukan mereka yang baru melakukan latihan bebanan, mengalami atau baru saja pulih daripada kecederaan belakang.
Ikuti maklumat dan teknik senaman yang dikongsikan jurulatih kecergasan Universal Fitness, Mohd Hoesni Rahmat.
Latihan untuk seluruh badan
Latihan untuk seluruh badan
Langkah 1. Pastikan kedudukan belakang badan sentiasa tegak ketika melakukan senaman ini. Jarak di antara kedua-dua belah kaki perlu lebih kurang sama dengan jarak di antara kedua-dua bahu.
2. Ketika meluruskan kaki daripada kedudukan dumbell squat, tangan yang memegang dumbell hendaklah sentiasa lurus.
3. Angkat dumbell seperti senaman upright row di mana kedudukan siku lebih tinggi daripada bahu. Kemudian, turunkan siku ke bawah tapi kedudukan dumbell tetap dikekalkan.
4. Angkat dumbell ke atas dengan tapak tangan menghadap antara satu sama lain.
Latihan Untuk Lelaki
Latihan Untuk Lelaki
5. Pusingkan bahagian atas badan ke kiri dan ke kanan secara perlahan-lahan dan terkawal sebelum kembali ke kedudukan permulaan.
Ulang semua pergerakan ini sebanyak lapan hingga 12 kali dalam tiga hingga lima set.

Tuesday, December 21, 2010

Amalan 5M Dalam Diet Sangat Berkesan

  1. Apakah 5M?
    • 5M merupakan satu pendekatan baru Kementerian Kesihatan Malaysia dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia terutamanya dalam pengambilan makanan secara sihat.
    • 5M merupakan singkatan bagi:
      • Mengurangkan gula
      • Mengurangkan garam
      • Mengurangkan minyak
      • Melebihkan buah-buahan
      • Melebihkan sayur-sayuran
  2. Bagaimanakah kita boleh kurangkan gula sepanjang lebaran ini?
    • Gula sebenarnya boleh terdapat secara semulajadi (dalam buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, susu dan hasil tenusu) atau secara tersembunyi (gula yang ditambah semasa memproses makanan dan semasa memasak di rumah. Contohnya minman bergas, minuman kordial, minuman bergula, gula-gula serta kuih-muih tradisional)
    • Pengambilan gula yang sederhana dalam sehari adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50gram) termasuk bagi gula semulajadi atau gula tersembunyi.
    • Gula dalam minuman adalah amat berbahaya kerana badan kita tidak dapat tukarkan gula ini kepada tenaga. Gula yang terkumpul ini akan ditukar kepada lemak yang menyebabkan seseorang itu gemuk dan berisiko mengidap penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung. Gigi juga boleh rosak.
    • Bagaimana kurangkan gula semasa lebaran?
      • Kurangkan memakan kuih-muih yang manis. Boleh diambil tapi pastikan dalam kuantiti yang sederhana.
      • Lebihkan meminum air kosong daripada air gas atau air manis yang lain.
      • Jika membuat kek atau biskut raya sendiri, kurangkan penggunaan gula dalam resepi. Contohnya kandungan gula dalam kek boleh dikurangkan kepada separuh tanpa menjejaskan rasa atau kualitinya.
      • Pilih buah-buahan segar sebagai pencuci mulut. Kalau menggunakan buah dalam tin, pastikan memilih buah-buahan dalam tin yang menggunakan air atau jus semulajadi.
    • Kurangkan gula dalam makanan, tambahkan senyuman sepanjang lebaran.
  3. Garam diperlukan dalam menyedapkan juadah makanan. Tetapi pengambilan garam secara berlebihan merbahayakan kesihatan. Apakah cara lain untuk mengurangkannya?
    • Kita memerlukan garam dalam kuantiti yang sedikit. Ini kerana garam yang berlebihan berkait dengan tekanan darah tinggi. Jadi, sepanjang lebaran pastikan tidak menggunakan garam secara berlebihan.
    • Selain itu, bahan-bahan makanan seperti herba (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang) boleh juga dijadikan pengganti dalam menyedapkan juadah. Bahan-bahan seperti ini kurang bahan perisa dan ia juga mempunyai khasiat tersendiri yang baik untuk kesihatan.
  4. Apabila menjelang lebaran, masyarakat kita banyak menggunakan minyak dalam masakan. Ini ditambah pula dengan penggunaan santan untuk membuat rendang. Macam mana pula dengan penggunaan minyak?
    • Dalam konsep 5M, penggunaan minyak perlu dikurangkan. Ini kerana penggunaan minyak yang berlebihan dalam masakan boleh mengundang penyakit.
    • Sekiranya untuk membuat rendang, cuba elakkan menggunakan minyak masak. Cukuplah hanya menggunakan santan sahaja kerana santan boleh bertindak sebagai minyak. Jadi, apabila minyak dan santan digunakan sekali, ia menyebabkan minyak berlebihan.
    • Cuba elakkan menggunakan santan yang terlalu pekat.
    • Sekiranya menggunakan minyak, elakkan memasak makanan yang menggunakan santan dan amalkan memasak cara “deep frying”. Ia dapat mengurangkan minyak dalam makanan.
  5. Buah-buahan sering dilupakan semasa menghidang juadah semasa lebaran. Bagaimana untuk menggalakkan masyarakat mengambil buah-buahan di hari raya nanti?
    • Kebanyakkan masyarakat pada hari ini sering menjadikan kek, coklat dan gula-gula sebagai hidangan atau pemanis mulut. Tetapi mereka lupa bahawa buah-buahan juga boleh dijadikan sebagai pemanis mulut juga.
    • Buah-buahan yang berbagai jenis rasa, warna, bentuk dapat menarik tetamu. Bukan itu sahaja, malah buah-buahan juga kaya dengan vitamin C yang amat diperlukan badan terutamanya kesihatan gigi.
    • Jadi, tiada masalah untuk kita melebihkan buah-buahan dalam kita menyambut lebaran.
  6. Sayur-sayuran penting untuk kesihatan. Tetapi semasa lebaran kebanyakkan juadah lebih menjurus kepada daging dan ayam. Jadi, adakah dengan pengambilan sayur-sayuran dapat mengimbangi diet yang sihat?
    • Sayur-sayuran mengandungi serat dan zat mineral yang penting untuk tubuh dan sistem penghadaman. Kehadiran serat ini dapat membantu mengurangkan tahap kolesterol darah.
    • Jadi, hidangan sayur-sayuran amatlah penting semasa menikmati juadah lebaran kerana ia dapat mengimbangi diet kita terutama sekali tahap kolesterol darah yang terhasil daripada pengambilan daging dan ayam.
    • Misalnya, semasa memasak mi goreng, lebihkan sayur-sayuran sebagai rencah dalam masakan mi tersebut. Sayur-sayuran juga boleh dihidang sebagai ulam-ulaman semasa menikmati juadah yang lain. Selain itu, terdapat juga juadah lebaran yang mengandungi sayur seperti lontong.